Saturday, 14 May 2011
perfect two ( auburn ) ~ luvv dis song....
Posted by mia az-zahra ( mazs ) at 20:54 0 comments
yeah da stat cuti sem tapi.............
assalamualaikum...
alhamdulillah cik oren da pon abes exam..bezz gler kot rasernyer.hehe..da berakhir la sem 4 ni. tapi ade lagi 4 sem ag di bumi nilai,huk2..maklum la prktikal pon tpkse kat cni.adehhhhhhhh..
cuti da stat tapi cik oren still ag xleh balik kg sbb program byk menanti...tp x byk sgt pon juz amek job tuk bkn5 je k.after dat,papai coz bln 6 nak blik klntan
Posted by mia az-zahra ( mazs ) at 08:39 0 comments
Thursday, 12 May 2011
fakta mengenai buah oren...gadis2 sila alert..
Tahukah anda semua, especially girls... kajian yang ditemui dalam Jurnal of the American College of Nutrition mendapati gelatin (sejenis serat) yang terdapat pada lapisan putih buah oren boleh menahan rasa lapar dalam masa empat jam!! Daripada 69 kalori oren mengandungi 4gm serat iaitu 16% yang memang diperlukan oleh tubuh setiap hari. JADI, anda juga boleh berdiet dengan hanya sebiji oren... ... ... ... ... ...
sy suke orennnnn....hehe
brangan nak lptop oren cenggini...hik3...agk2 dpt tak?
Posted by mia az-zahra ( mazs ) at 12:01 0 comments
Tuesday, 10 May 2011
tips awet muda gtuu...
Posted by mia az-zahra ( mazs ) at 10:05 3 comments
Sunday, 8 May 2011
selamat hari ummi dan selamat hari lahir fikriyah
assalamualaikum wbt
first skali cik oren nak pnjatkan setinggi2 kesyukuran kpada ALLAH kerna bg lg pluang cik oren bernafas kat bumiNYA ini..
memandngkan hari ini ialah hari ibu, btol ke hari ini hari ibu?? entah cik oren pon tak pasti hari yang tepat bg hari ibu hari ape.yang cik oren tau ialah hari-hari ialah hari ibu. sbb cik oren da wish kat ummi cik oren pada 6 hb mei lagi taw..hehehe,tak tau la cik oren tercepat atau terlambat..
8 fakta mengenai ummi cik oren ialah :-
Posted by mia az-zahra ( mazs ) at 07:00 2 comments
Friday, 6 May 2011
"Shawl Random Giveaway dari Moe Closet!
cik oren nak tag http://www6.shoutmix.com/link.php?go=http://www.sherrylicious7.blogspot.com n http://www6.shoutmix.com/link.php?go=http://ainsaffiyah.blogspot.com
kawan-kawan y lain nak join leh gak ngn syarat be follower cik moe closet dulu tau..
bt cik moe closet cik oren tak pandai tag org lgi,,maklumla bru blajar,,nnt da pandai cik oren edit tau
heehhe,sory yer cik moe closet.. smue org jgn gelakkn cik oren tau,,tsk tsk tskkk
Posted by mia az-zahra ( mazs ) at 11:38 3 comments
Thursday, 5 May 2011
oren...suratan atau kebetulan???
salam...
baiklah..sblum ni ade org tanye cik oren, knape blog cik oren x brape nak oren??haha,,mau gelak kuat2..pepon i like dis question.. ade logik gak soklan dy,,ok,bia cik oren jwab,,blog ni xleh la oren sgt coz x smue bende kana wrne oren,,nnt x cntik...but act cik oren mmg suke oren.. sbb oren tu warna y mnarik tau.. baju2 cik oren mmg byk gler wrne oren..blik tdo wrna oren,bantal oren,,ade pooh oren y besar,alat tulis mostly oren, bakul kartun oren, n mcm2 stuff cik oren wrne orenn,,, len kali cik oren uplod brang2 tsebut ok...
tapi ade sesuatu cik oren nak kongsikan iaitu tentang group nasyid cik oren di USIM y tcinta ni,.ok,, b4 dat,, cik oren ade grup nasyid???hahaha,,ok bt sape2 y tak taw,tanak amek taw atau buat2 taw cik oren mmg ade grup nasyid yang dinamakn azra bmksud gadis.. sdap sgt ke sore cik oren nynyi??hahaha,,itu persoalan y cik oren sdrik tak mmpu jawab,depend on urself to answer it.. act sore cik oren byase2 jer,,mcm katak hijau panggil ujan.,,hehe,
Posted by mia az-zahra ( mazs ) at 15:35 0 comments
Tuesday, 3 May 2011
sye yg sadissss
Posted by mia az-zahra ( mazs ) at 12:35 2 comments
Saturday, 30 April 2011
sye ketika exam....
Posted by mia az-zahra ( mazs ) at 10:55 3 comments
Friday, 29 April 2011
berbicara menggunakan ayat quran
Wanita Tua Jawab Gunakan Ayat AL-QURAN
Berkata Abdullah bin Mubarak:
Ketika saya berada di suatu sudut jalan, tiba-tiba saya melihat sesosok tubuhberpakaian hitam yang dibuat dari bulu. Ia adalah seorang ibu yang sudah tua.Saya berhenti sejenak seraya mengucapkan salam untuknya. Terjadilah dialogdengannya beberapa minit.
Dalam dialog tersebut wanita tua itu, setiap kali menjawab pertanyaan Abdulah bin Mubarak, dijawab dengan menggunakan ayat-ayat Al-Qur’an. Walaupun jawapannya tidak tepat sekali, akan tetapi cukup memuaskan, karena tidak terlepas dari konteks pertanyaan yang diajukan kepadanya.
(Gambar Sekadar Hiasan)
Abdullah : “Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.”
Wanita tua : Ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 56)
Abdullah : Semoga Allah merahmati anda, mengapa anda berada di tempat ini?”
Wanita tua : Barang siapa disesatkan Allah, maka tiada petunjuk baginya. (Al-A’raaf 186)
Dengan jawaban ini, maka tahulah saya, bahwa ia tersesat jalan.
Abdullah : “Kemana anda hendak pergi?”
Wanita tua : Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanya di waktu malam dari Masjid Al-Haraam
(di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin). (Al-Israa’ 1)
Dengan jawaban ini saya jadi mengerti bahwa ia sedang mengerjakan haji dan hendak menuju ke masjidil Aqsa.
Abdullah : “Sudah berapa lama anda berada di sini?”
Wanita tua : Selama tiga malam dalam keadaan sihat. (Maryam 10)
Abdullah : “Apa yang anda makan selama dalam perjalanan?”
Wanita tua : Dialah Allah pemberi aku makan dan minum. (Asy-Syu’araa’ 79)
Abdullah : “Dengan apa anda melakukan wudhu?”
Wanita tua : Bila tiada air maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah, debu yang bersih.
(Al Maaidah 6)
Abdulah : “Saya mempunyai sedikit makanan, apakah anda mau menikmatinya?”
Wanita tua : Kemudian sempurnakanlah puasamu sampai malam, maghrib. (Al- Baqarah 187)
Abdullah : “Bukankah diperbolehkan berbuka ketika musafir?”
Wanita tua : Dan berpuasa itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. (Al- Baqarah 184)
Abdullah : “Mengapa anda tidak menjawab sesuai dengan pertanyaan saya?”
Wanita tua : Tiada satu ucapan yang diucapkan, kecuali padanya ada Raqib Atid. (Qaaf 18)
Abdullah : “Anda termasuk jenis manusia yang manakah, hingga bersikap seperti itu?”
Wanita tua : Jangan kamu ikuti apa yang tidak kamu ketahui, karena pendengaran, penglihatan dan hati,
semua akan dipertanggung jawabkan. (Al-Israa’ 36)
Abdullah : “Saya telah berbuat salah, maafkan saya.”
Wanita tua : Pada hari ini tidak ada cercaan untuk kamu, Allah telah mengampuni kamu dan Dia lah jua Yang
Maha Mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani. (Yusuf 92)
Abdullah : “Bolehkah saya mengangkatmu untuk naik ke atas untaku ini untuk melanjutkan perjalanan, karena
anda akan menjumpai kafilah yang di depan.”
Wanita tua : Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah. (Al-Baqarah 197)
Lalu wanita tua ini berpaling dari untaku, sambil berkata :
Wanita tua : Katakanlah pada orang-orang mukminin tundukkan pandangan mereka. (An-Nuur 30)
Maka saya pun memejamkan pandangan saya, sambil mempersilakan ia mengendarai untaku.
Tetapi tiba-tiba terdengar sobekan pakaiannya, karena unta itu terlalu tinggi baginya. Wanita itu
berucap lagi.
Wanita tua : Apa saja yang menimpa kamu disebabkan perbuatanmu sendiri. (Asy-Syuura 30)
Selesai mengikat unta itu saya pun mempersilahkan wanita tua itu naik.
Wanita tua : Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu
tidak terdaya menguasainya , Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali.
(Az-Zukhruf 13-14)
Saya pun segera memegang tali unta itu dan melarikannya dengan sangat kencang. Wanita tua itu berkata lagi.
Wanita tua : Sederhanakan jalanmu dan lunakkanlah suaramu. (Luqman 19)
Lalu aku jadikan unta itu jalan dengan perlahan, sambil mendendangkan beberapa syair..
Wanita tua : Bacalah apa-apa yang mudah dari Al-Qur’an. (Al-Muzzammil 20)
Abdullah : “Sungguh anda telah diberi kebaikan yang banyak.”
Wanita tua : Dan tidaklah mengingat Allah itu kecuali orang yang berilmu. (Al- Baqarah 269)
Dalam perjalanan itu saya bertanya kepadanya.
Abdullah : “Apakah anda mempunyai suami?”
Wanita tua : Jangan kamu menanyakan sesuatu, jika itu akan menyusahkanmu. (Al Maaidah 101)
Maka aku senyap seketika sehingga berjumpa dengan kafilah di depan kami.
Abdullah : “Adakah orang anda berada dalam kafilah itu?”
Wanita tua : Adapun harta dan anak-anak adalah perhiasan hidup di dunia. (Al-Kahf 46)
Baru saya mengerti bahwa ia juga mempunyai anak.
Abdullah : “Bagaimana keadaan mereka dalam perjalanan ini?”
Wanita tua : Dengan tanda bintang-bintang mereka mengetahui petunjuk. (Al-Nahl 16)
Dari jawaban ini dapat saya fahami bahwa mereka datang mengerjakan ibadah haji mengikuti beberapa petunjuk. Kemudian bersama wanita tua ini saya menuju perkemahan.
Abdullah : “Adakah kamu kenal orang yang berada dalam kemah ini?”
Wanita tua : Kami jadikan ibrahim itu sebagai yang nabi yang dikasihi. (An-Nisaa’ 125), Dan Allah
berkata-kata kepada Musa. (An-Nisaa’ 164), Wahai Yahya pelajarilah kitab itu
bersungguh-sungguh. (Maryam 12)
Lalu saya memanggil nama-nama, ya Ibrahim, ya Musa, ya Yahya, maka keluarlah anak-anak muda yang bernama tersebut. Wajah mereka tampan dan ceria, seperti bulan yang baru muncul. Setelah tiga anak ini datang dan duduk dengan tenang maka berkatalah wanita itu.
Wanita tua : Maka suruhlah salah seorang dari kamu pergi ke kota dengan membawa wang perak ini, dan
carilah makanan yang lebih baik agar ia membawa makanan itu untukmu. (Al-Kahf 19)
Maka salah seorang dari tiga anak ini pergi untuk membeli makanan, lalu menghidangkan di
hadapanku, lalu perempuan tua itu berkata :
Wanita tua : Makan dan minumlah kamu dengan sedap, sebab amal-amal yang telah kamu kerjakan di
hari-hari yang telah lalu.(Al-Haaqqah 24)
Abdullah : “Makanlah kalian semuanya makanan ini. Aku belum akan memakannya sebelum kalian
mengatakan padaku siapakah perempuan ini sebenarnya.”
Ketiga anak muda ini secara serempak berkata :
“Beliau adalah orang tua kami. Selama empat puluh tahun beliau hanya berbicara menggunakan ayat-ayat Al-Qur’an, hanya karena bimbang tersalah bicara.”
Lalu Abdullah bin Mubarak berkata Maha suci zat yang maha kuasa terhadap sesuatu yang dikehendakinya dan berkata:
Yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar. (Al-Hadiid 21)
Posted by mia az-zahra ( mazs ) at 23:24 0 comments